Sunday, September 06, 2009

Rumah Tumpangan

Aku bertanya semalam, adakah dia akan menolong aku untuk mengemas rumah. Jawapannya adalah, tunggulah sampai bulan 12 dan baru kita bersihkan semua. Ataupun dia akan menjawab, suruhlah mak engkau kerumah lama itu baru dia dapat membersih dengan sempurna. Takkan setiap kali hendak bersihkan rumah, aku harus menyuruh orang tua aku kerumah yang lain itu. Kan tak logik namanya. Dan apa salahnya, kalau kemas rumah semasa orang tua itu berada dirumah.

Sungguh geram rasanya. Takkan puasa pun tak boleh tolong langsung. Setakat sapu sampah tak mungkin boleh mati agaknya.